Sunday 25 January 2015

Sebuah permulaan...

Assalamualaikum semua ! Apa khabar ? untuk post yang pertama ini, saya akan menceritakan tentang bagaimana Food Stamps tercipta.

Saya merupakan salah seorang graduan di salah sebuah universiti tempatan. Dari mula lagi saya minat berniaga tetapi ketiadaan modal untuk bertindak serius di dalam bidang perniagaan. Jadi saya bermula dengan perniagaan dropship. Semasa saya memulakan perniagaan ini, pendapatan saya lebih kurang RM 1500 sebulan. Selepas saya berkahwin, saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Keinginan saya untuk membuka perniagaan semakin meningkat. Suami saya menjadi penyokong untuk saya menggapai impian saya. Suami jugalah yang memberi modal untuk membuka perniagaan. Semangat yang membuak-buak jadi saya membuka perniagaan dalam bidang bakeri. Pelbagai jenis kek dan kuih kami buat. Tetapi apa yang saya dapat hanya kerugian dan kepenatan kerana pelbagai jenis kuih dan kek untuk dilakukan. Pada masa itu, perniagaan kami seperti tiada arah tujuan dan menjumpai jalan buntu. Sehinggakan kami hampir menjual semua peralatan membuat kuih dan kek. Dan saya hampir putus asa dengan perniagaan ini. Tiba-tiba saya dapat ilham untuk membuat kek oren bersalut coklat yang kini menjadi kebanggaan syarikat kami. Kini MOIST CHOCOLATE ORANGE CAKE berada hampir di seluruh semenanjung Malaysia. MOIST CHOCOLATE ORANGE CAKE sudah berada di pasaran SINGAPURA ! Impian kami kali ini untuk memasuki pasaran INDONESIA dan VIETNAM pada masa hadapan. In shaa Allah. Doakan kejayaan kami :) 

Sekian, Terima Kasih.


Kek yang menjadi kebanggaan syarikat kami :)

Mentor yang banyak mengajar saya tentang dunia kek. Terima kasih !

1 comment:

  1. Best Online Casino sites that pay real money | WorkTomakemoney
    Real Money online casinos · หาเงินออนไลน์ 1. 바카라 사이트 Red Dog – Best Overall Casino · 2. InterTops – Best Casino for Real Money · 3. Café Casino – Best Bitcoin Casino 바카라 · 4. Ignition –

    ReplyDelete